Erti Sebuah Kehidupan…
9/11/08 1.09am
Erti Sebuah Kehidupan…
Hmm.. dah 21 tahun aku hidup di muka bumi ini..
Allah telah menganugerahi aku dengan kehidupan..
Kehidupan yang mengandungi bermacam elemen..
Dalam kehidupan..
Kita akan melalui pelbagai cabaran..
Cabaran yang mengajar kita erti ketabahan dan usaha..
Liku-liku kehidupan..
Mengajar kita untuk menjadi kuat mengharungi segala rintangan di hadapan..
Masam manis kehidupan..
Mengajar kita untuk menghargai setiap saat masa anugerah Ilahi..
Memberi kita kenangan yang indah dan pahit..
Yang baik jadikan teladan..
Yang jahat jadikan sempadan..
Dalam kehidupan juga..
Kita diuji dengan keraguan..
Kadang kala kita ragu untuk membuat pilihan..
Xtahu yang maner harus dipilih..
Ketika ini kita akan meminta petunjuk Ilahi..
Untuk dibukakan hati dan diberi petunjuk..
Kadang kala juga..
Pilihan yang dibuat diragui…
Terlintas di fikiran..
”betul ke ape yg aku pilih??
Betul ke ini jalan yang sepatutnya??”
Sekali lagi diri meminta petunjuk Ilahi..
Moga diberi kekuatan dan ketabahan serta ditunjukkan jalan yang betul..
Kadang kala juga..
Pilihan yg dibuat rupanya silap..
Menyebabkan kita berpatah balik..
Atau memilih jalan yang lain..
Kehidupan juga mengajar kita erti sebuah ikatan..
Ikatan persaudaraan, persabahatan..
Membina hubungan yang baik dengan setiap makhluk Allah..
Saling membantu di kala kesusahan..
Kehidupan juga mengajar kita..
Erti pertemuan dan perpisahan..
Pertemuan yang membibitkan sebuah ikatan suci..
Dan ada kala perlu melalui perpisahan..
Yang kadang kala amat memeritkan..
Tapi ingatlah..
Setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya..
Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Saksama..
Terimalah perpisahan dengan keredhaan..
Inilah yang dipanggil ’Kehidupan’..
Erti Sebuah Kehidupan..